Tipu Umrah: Kerugian Lebih RM10 Juta Sejak 2012

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 4:49 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 266 kes penipuan pakej umrah dan haji dilaporkan dengan nilai kerugian berjumlah lebih RM10 juta sejak 2012 hingga Februari tahun ini, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Agensi berita Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai berkata, daripada jumlah tersebut, 95 kes melibatkan agensi pelancongan dan nilai kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM508,500 di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

"Tindakan berurus niaga dengan syarikat atau individu tidak berlesen yang menjadi ejen jualan tiket terutamanya secara dalam talian merupakan tindakan yang sangat berisiko dan mendedahkan orang ramai kepada penipuan.

"Semua agensi pelancongan berlesen mestilah mengambil usaha secukupnya dalam memastikan status rakan niaga mereka sama ada berlesen atau tidak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) di sini, Isnin.

Beliau berkata kementerian itu giat melakukan pemantauan dan siasatan secara bersepadu bersama kementerian dan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia serta badan bukan kerajaan yang terlibat.

Mas Ermieyati berkata harga indikator minimum pakej umrah standard ekonomi 12 malam 10 hari dikekalkan pada kadar RM4,900 dengan persetujuan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). 

"Pakej umrah yang ditawarkan hendaklah meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, visa umrah, penginapan, pengangkutan, makan minum, perkhidmatan mutawwif (wakil dari agensi pelancongan) dan perlindungan takaful," jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengendali pelancongan berlesen hendaklah memastikan bahawa setiap jemaah dilindungi di bawah Skim Takaful Umrah  sekiranya jemaah ditimpa musibah ketika mengerjakan umrah.

Tags / Kata Kunci: Mas Ermieyati Samsudin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan