Naik Pentas Pembangkang, Lima Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Lima guru diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Pendidikan kerana didakwa naik ke pentas politik pembangkang dan menghentam kerajaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua guru berkenaan diberikan tempoh dua minggu untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.

"Ada antara mereka mempunyai jawatan dalam parti-parti itu (pembangkang).

"Kita sudah berikan surat tunjuk sebab kepada mereka baru-baru ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 Peratus di sini, Isnin.

Pada Ahad, Mahdzir berkata, guru yang menyokong pembangkang dan menghentam kerajaan secara keterlaluan disaran meninggalkan profesion mereka, kerana ia melanggar peraturan dalam perkhidmatan awam.

Mahdzir berkata, salah laku guru berkenaan melanggari perintah am dalam perkhidmatan awam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai sekolah dan negeri mana kelima-lima guru tersebut bertugas.

"Mereka masih lagi bertugas," katanya ringkas.

Menteri Pendidikan menegaskan bahawa dalam negara demokrasi, tiada halangan atau paksaan untuk guru menyokong kerajaan atau pembangkang.

"Masalahnya mereka adalah penjawat awam, ada guru yang ke pentas pembangkang dan memberikan ucapan yang menghentam kerajaan," katanya.

Menurut Mahdzir, setakat ini tindakan masih di peringkat surat tunjuk sebab dan guru terbabit akan diberikan nasihat sebelum diberikan amaran dan dibawa ke lembaga tatatertib sekiranya masih mengulangi perbuatan itu.

"Kita beri surat tunjuk sebab dahulu dan tunggu mereka berikan penjelasan kenapa naik pentas pembangkang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan