Azmin Jawab Kenyataan 'Pikul Biawak Hidup' Abdul Hadi

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 6:00 PM

azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan PAS sekali pun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR tetap yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

"Keadilan (PKR) di peringkat pusat, negeri dan cabang tidak pernah putuskan hubungan dengan sahabat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan DUN Selangor di sini, Isnin.

Mengulas kenyataan Abdul Hadi berkenaan 'memikul biawak hidup', Menteri Besar Selangor itu berkata: "Usahlah lontarkan istilah begitu, tidak manis di khalayak ramai, kita patut zahirkan kata-kata yang lebih manis, lebih lunak.

"Kita kena saling hormat-menghormati sebab kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun tiada keperluan guna istilah itu," katanya.

Pada Sabtu lepas, media sosial melaporkan Abdul Hadi berkata PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan atau pun Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan parti lain umpama 'memikul biawak hidup', dan PAS akan mengambil pendekatan sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Tags / Kata Kunci: biawak hidup , Azmin Ali , Abdul Hadi Awang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan