Jangan Masuk Campur Politik Kedah, Kata Ahmad Bashah Kepada Azmin

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 10:29 PM

Ahmad Bashah Md Hanipah

Datuk Seri Ahmad Bashah

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mencampuri urusan Umno negeri Kedah sebaliknya menjaga hal politik negeri masing-masing.

Ujar Ahmad Bashah, tujuan Azmin mengeluarkan kenyataan kononnya pertukaran jawatan Menteri Besar antara beliau dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tahun lalu akan memberi undi kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 nanti hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat.

"Dia beri kenyataan ini semata-mata untuk mengalih perhatian serta fokus rakyat. Sebelum ini Azmin juga mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bukankah ia juga disebabkan krisis dalaman parti terbabit.

"Jadi dia tak perlu sibuk pasal Umno, mereka ini terdiri daripada ahli Umno yang keluar parti, mereka tiada semangat memperjuangkan parti," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman : Artifak Rasulullah dan Para Sahabat di Muzium Negeri di sini, Isnin.

Ahmad Bashah berkata demikian selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Azmin bahawa krisis pertukaran Menteri Besar Kedah antara Ahmad Bashah dan Mukhriz akan menjadi penyumbang kepada sokongan undi kepada Pakatan Harapan pada PRU ke-14 nanti.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi bayangan mahu menjadi parti utama mendokong perjuangan Pakatan Harapan, Ahmad Bashah berkata beliau yakin DAP tidak akan memberi ruang itu kepada PPBM kerana DAP adalah sebuah parti yang lebih kuat dan teguh berbanding PPBM.

"Kerusi DAP di Parlimen sahaja sudah 38, mereka sudah ada kekuatan sendiri, sekiranya DAP memberi laluan kepada PPBM, pemimpin DAP akan hilang sokongan daripada anggota parti itu," katanya.


Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah , Azmin Ali , politik Kedah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan