CEO AirAsia Gesa Lebih Ramai Wanita Sertai Industri Penerbangan

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 2:52 PM

Aireen Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd dan syarikat sekutu penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X Bhd memerlukan lebih ramai juruterbang dan jurutera wanita.

Kedua-dua syarikat itu kini mempunyai seramai 54 juruterbang dan 69 jurutera wanita, tetapi mereka secara aktif masih cuba mendapatkan lebih ramai golongan wanita muda yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam industri penerbangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar.

"Kita sedang bekerjasama dengan Teach For Malaysia (organisasi pendidikan bukan kerajaan) untuk membolehkan pelajar dibawa kepada fasiliti kami supaya mereka boleh melihat apa yang kami lakukan, belajar tentang wanita dalam AirAsia, merasai pengalaman simulator, bercakap dengan kakitangan kami dan sebenarnya menemui peluang yang ada untuk mereka," katanya.

Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penyertaan wanita muda dalam bidang sains dan teknologi, katanya dalam ceramah Women do Wonders (WOW) di Universiti SEGi di Kota Damansara di sini, Ahad.

Aireen juga menekankan tentang #girlscandoanything AirAsia, merujuk kepada semua anak kapal wanita penerbangan AK5110 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu bulan lepas.

Apabila beliau menunjukkan gambar dan nama semua kru wanita dalam penerbangan itu, bermula daripada juruterbang dan anak kapal, kepada penghantar dan juruteknik penerbangan, ada yang menunjukkan bantahan.

"Ini sebenarnya sangat biasa di AirAsia kerana kami percaya bahawa semua rakan sekerja kami, tanpa mengira jantina, mampu melakukan apa sahaja.

"Semua orang datang dari pelbagai latar belakang, berbilang kaum dan bangsa, tetapi kami semua datang dan bekerja bersama-sama," katanya.

Ceramah dan Bazaar WOW merupakan kemuncak kepada kempen wanita anjuran Star Media Group dengan kerjasama AirAsia yang berlangsung selama sebulan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan