Kerajaan Putuskan Segera Mayat Jong-nam - Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kerajaan dijangka memutuskan segera tindakan ke atas mayat Kim Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Katanya perbincangan masih dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan Korea Utara.

"Saya rasa kita akan membuat pengumuman segera, mungkin secepat hari ini mengenai keputusan kerajaan.

"Beberapa keputusan sudah dicapai dan saya yakin satu pengumuman akan dibuat segera. Pengumuman mungkin dibuat secepat hari ini," katanya selepas merasmikan pembinaan bangunan baru SJK (T) Bangi, di sini pada Ahad.

Ditanya sama ada mayat Jong-nam akan dihantar ke Korea Utara, Dr Subramaniam berkata: "Saya tidak tahu tetapi dimaklumkan satu keputusan akan dibuat segera.

Besar kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkannya."

Beliau berkata apa juga keputusannya, fakta dan akibat daripada pembunuhan itu masih kekal dan Kementerian Kesihatan akan mematuhinya.

Dr Subramaniam berkata faktanya kekal seorang warga Korea Utara datang ke Malaysia dan mati akibat racun saraf dan kematiannya telah dibuktikan oleh ujian toksikologi dan laporan bedah siasat.

"Kami konsisten dan pasti dengan penemuan itu. Kes membabitkan seorang wanita Indonesia dan Vietnam tetap akan berjalan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dr Subramaniam berkata banyak peluang telah diberi kepada waris Jong-nam untuk menuntut mayatnya dan jika mereka tidak tampil, kerajaan perlu membuat keputusan.

Satu laporan media Jepun menyatakan beberapa pegawai Korea Utara berada di Kuala Lumpur untuk berbincang dengan kerajaan Malaysia mengenai kes Jong-nam.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menungggu penerbangan untuk ke Macau.

Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX. Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan