PM Ucap Tahniah Kepada TMJ

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 8:37 AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika sidang media sejurus selesai Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-53, Sabtu. Tunku Ismail dilantik Presiden FAM yang baharu selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri Khamis lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sabtu.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kemenangan jawatan Presiden FAM," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya, malam Sabtu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Tunku Ismail menang jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53, Sabtu.

Sebelum ini pencabar jawatan itu, Tan Sri Annuar Musa yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada bertanding Khamis lepas kerana mahu memberi penghormatan dan laluan kepada Tunku Ismail serta demi kebaikan bola sepak negara.


Tags / Kata Kunci: TMJ , Presiden FAM , Tunku Ismail

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan