Dua Mangsa Culik Rakyat Malaysia Dijangka Tiba Di Kuala Lumpur Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 9:47 AM

Abdul Rahim Summas (kiri) dan Tayudin Anjut.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas dijangka tiba di Kuala Lumpur, Ahad.

Tanpa mendedahkan tempat dan waktu mereka tiba, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka akan diambil keterangan berhubung kes berkenaan.

"Ketika ini mereka berada di Manila, Filipina bersama pihak berkuasa di sana dan akan tiba di Kuala Lumpur esok (Ahad)," kata Khalid yang enggan mengulas lanjut.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 Tahun 2017 di Pusat Latihan Polis di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.

Mereka ialah Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, iaitu kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lepas.

Sebelum ini, media asing melaporkan, kedua-dua mangsa yang dalam keadaan lemah dan tidak sihat diselamatkan oleh bot pasukan peronda Marin Filipina di perairan Pulau Pata di selatan Filipina.

Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan