Titian Kanopi Frim Tutup Mulai 30 Jun

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 6:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Titian Kanopi yang menjadi tarikan ekopelancongan utama di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim), Kepong di sini sejak 1992, bakal ditutup kepada orang awam mulai 30 Jun depan.

Ketua Pengarah Frim, Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata laluan titian sepanjang 150 meter yang digantung dari pokok ke pokok dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah ditutup bagi tujuan pemulihan pokok dan penumbuhan semula.

Beliau berkata proses pemulihan laluan itu memerlukan masa yang lama berikutan pokok-pokok di kawasan tersebut mengalami kerosakan teruk akibat ribut petir pada penghujung 2015.

"Pokok-pokok sokongan titian kanopi ini juga tidak sihat dan berisiko untuk menampung beban struktur titian dan beban pengunjung. Pokok-pokok juga memerlukan pemulihan fizikal, sayang sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik.

"Dalam tempoh penutupan itu, Frim hanya membenarkan sebahagian kecil laluan digunakan bagi tujuan penyelidikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Frim di sini, Sabtu.

Berikutan itu, Abd Latif berkata Frim bakal membangunkan titian kanopi baharu sepanjang 300 hingga 500 meter menggunakan kombinasi antara aluminium dan kayu yang ia dijangka siap pada 2019.

"Titian kanopi yang baharu lebih besar dan tempatnya lebih cantik kerana ia merupakan jalan silara di celah-celah pokok kapur... melalui kanopi kedua ini, pengunjung akan nampak pemandangan Kuala Lumpur dengan lebih jelas. 

"Bagaimanapun, selepas tempoh setahun titian kanopi ditutup kita akan lihat sama ada ia boleh digunakan orang awam atau tidak. Sekiranya ia betul-betul pulih mungkin kita ada dua kanopi yang dibuka secara serentak," katanya.

Selepas kanopi baharu itu siap, beliau menjangkakan Frim bakal menerima pengunjung dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dicatatkan ketika ini.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata tugas memelihara alam sekitar bukan sekadar dilakukan oleh pihak berwajib sahaja, malah memerlukan kerjasama setiap masyarakat.

Acara bertemakan 'Semarakkan Dengan Cinta' dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya penanaman 50 pokok kenangan serta program 'Love My Trees' dan 'Love My Accessory' yang melibatkan pelajar sekolah.

Tags / Kata Kunci: Kanopi Frim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan