Tempoh Maksimum 28 Hari Tahanan Sosma Sesuai - Nur Jazlan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 8:46 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tempoh penahanan maksimum 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) memadai dan sesuai walaupun terdapat pihak mempertikaikannya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menegaskan polis memerlukan tempoh maksimum berkenaan memandangkan penyiasatan terhadap kes di bawah Sosma seperti keganasan adalah kompleks dan rumit.

"Ada pihak mengatakan tempoh tahanan selama 28 hari itu adalah lama dan perlu dikurangkan. Namun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat tempoh 28 hari adalah masa yang mencukupi diperlukan polis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-26 akhbar Harian Metro di sini, Sabtu.

Nur Jazlan berkata KDN akan membentangkan Rang Undang-Undang Sosma untuk diperbaharui dan diluluskan di Dewan Rakyat minggu depan.

Katanya walaupun Sosma mendapat kritikan pihak tertentu yang mempertikaikannya atas dasar kemanusiaan dan sebagainya, namun akta terbabit amat perlu di negara ini.

"Kerajaan mesti mendapatkan kelulusan Parlimen untuk meneruskan Sosma dalam setiap lima tahun. Kita akan bahaskan akta ini minggu depan dan berpendapat 28 hari maksimum itu merupakan masa yang mencukupi untuk polis (menjalankan siasatan).

Sudah terbukti, menerusi Sosma, polis berjaya menyekat aktiviti keganasan di negara ini sekali gus menahan mereka yang terlibat dengan aktiviti berkenaan, katanya.

Menurut Nur Jazlan, walaupun tempoh tahanan maksimum 28 hari, namun mereka yang ditahan boleh dilepaskan lebih awal sekiranya polis berpuas hati terhadap keterangan dan siasatan yang dilakukan.

Tags / Kata Kunci: Sosma , Nur Jazlan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan