Sultan Johor Dakwa Ditawar Rasuah RM2 Juta Untuk Gelaran 'Tan Sri'

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 9:36 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mereka yang cuba untuk merasuah baginda bagi mendapatkan anugerah pingat daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Johor itu berkata baginda ditawarkan RM2 juta untuk mencadangkan nama individu berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara bertujuan memperoleh gelaran 'Tan Sri'.

"Saya mahu SPRM datang menghadap saya segera supaya perkara ini dapat disiasat.

"Ini Johor... kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit," titah baginda menerusi laman Facebook pada Sabtu.

Tambah Sultan Ibrahim, baginda sedia mendedahkan maklumat kepada SPRM mengenai maklumat orang tengah berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Sultan Ibrahim , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan