Warga Emas, OKU Tidak Lepaskan Peluang Saksi Lima'17

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima'17) yang melabuhkan tirainya hari ini nyata menggamit kedatangan ratusan ribu pengunjung sejak ia berlangsung Selasa lalu.

Cuaca yang agak panas tidak menjadi penghalang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas daripada menyaksikan acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-14 sejak dimulakan pada 1991 itu.

Seorang pengunjung OKU dari Kuala Lumpur, Amirul Shazwan Mat Nor, 26, berkata beliau menempah tiket penerbangan beberapa bulan lebih awal kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan jet dan pesawat membuat persembahan menarik pada acara itu.

"Saya merupakan seorang pencinta jet pejuang. Sejak kecil saya gemar menyimpan koleksi kapal terbang, kapal, termasuk pelekat khas yang berkaitan," katanya yang berkerusi roda ketika ditemui Bernama di tapak pameran Lima'17 di sini, Sabtu.

Amirul, yang juga seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat swasta, berkata beliau sudah tiga kali menyaksikan Lima dan penganjuran Lima'17 kali ini merupakan yang terbaik kerana dapat menyaksikan aksi aerobatik 'kolokol' oleh Black Eagles dari Korea Selatan yang cukup memukau dan mendebarkan.

Seorang warga emas, Ratma Badrol, 88, pula berkata ini kali kedua beliau berkunjung ke Lima dan amat gembira serta teruja apabila anak lelakinya memberitahu mereka sekeluarga akan ke Langkawi bagi menyaksikan pameran itu sempena cuti sekolah.

"Walaupun saya sudah tua, tapi saya amat berminat untuk menyaksikan pameran seperti ini. Seronok tengok pesawat negara kita buat persembahan udara,"  katanya yang tiba di Langkawi dua hari lalu.

Lima'17 berjaya mengumpulkan 520 syarikat dari 35 negara yang mewakili lebih 55 peratus daripada 100 syarikat maritim dan udara terkemuka dunia.

Sehingga semalam, Lima'17 merekodkan sebanyak 104,557 pengunjung.

-- BERNAMA
HJ HJ DFAS DC 25/03/2017 13-09ST
Tags / Kata Kunci: Lima'17 , Langkawi , OKU

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan