Nazri-Tun M Akhirnya Bersemuka

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 7:00 PM

Nazri, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah meluangkan masa menikmati cendol dan laksa di Lembah Kuala Kangsar. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersemuka pada Sabtu walaupun bukan menerusi pentas debat.

Sebaliknya Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan pertemuan mesra sambil menikmati hidangan tempatan.

Pertemuan mereka itu dikelilingi orang ramai yang tidak putus-putus merakamkan detik berkenaan.

Nazri dan Dr Mahathir meluangkan masa menikmati keindahan Sungai Perak. -foto SAIFUL BAHRI / The Star

Dr Mahathir tiba di lokasi tersebut bagi menghadiri program PPBM di Lembah Sungai Perak di sini bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak mereka Datuk Seri Mukhriz Mahathir kira-kira pukul 4.25 petang.

Walau bagaimanapun, Nazri dan Dr Mahathir kelihatan kurang berbual antara satu sama lain walaupun duduk bersebelahan.

Ketika Dr Mahathir perlahan-lahan menghabiskan semangkuk laksa yang dihidangkan kepadanya, Nazri dilihat asyik berbual dengan individu lain yang duduk di sebelahnya.

Mereka kemudian beredar sekitar pukul 5 petang.

Terdahulu, Nazri hadir di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah di sini pada pukul 1 tengah hari untuk mengalu-alukan kedatangan bekas Perdana Menteri itu bersama-sama dengan beberapa penyokongnya.

Nazri menunggu di hadapan pintu masuk MRSM. -foto BERNAMA

Menunggu di bawah payung besar dalam keadaan panas dan berpeluh, Nazri berkata beliau sengaja hadir lebih awal bagi menunggu ketibaan Dr Mahathir.

"Saya tahu beliau akan berada di sini di Kuala Kangsar.

"Saya tidak mahu penyokongnya tiba lebih awal daripada saya dan mengambil gambar dengan mengatakan bahawa saya adalah seorang pengecut kerana tidak berada di sini," katanya.

Nazri berkata dalam budaya Melayu, ia adalah amalan yang tidak baik jika tetamu tiba tanpa disambut tuan rumah.

"Saya mahu menjadi tuan rumah yang baik kepadanya dan tunggu dia sampai," katanya.

Nazri kemudian menuju ke Lembah Sungai Perak pada pukul 4 petang selepas diberitahu bahawa Dr Mahathir berada di sana.

Tags / Kata Kunci: Nazri Aziz , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan