Malaysia Tak Perlu Bantuan Korea Selatan Dalam Kes Jong-nam - Duta

Diterbitkan: Sabtu, 25 Mac 2017 3:29 PM

Dr Yu Hyun-seok

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam berjalan dengan baik dan Malaysia tidak memerlukan bantuan daripada Korea Selatan, kata duta negara itu ke Malaysia.

"Mereka menguruskannya dengan baik. Mereka tidak memerlukan bantuan kami.

"Kami hanya menunggu keputusan," kata Dr Yu Hyun-seok ketika ditanya sama ada Korea Selatan membantu Malaysia dalam siasatan berkenaan.

Beliau menambah bahawa sehingga kini polis Malaysia mengendalikan kes itu dengan baik.

"Mereka sangat adil. Kami mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap mereka," katanya pada sidang media semasa Seminar Enrichment Korea untuk guru-guru Malaysia pada Sabtu.

Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un didakwa dibunuh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Selain itu Dr Yu berkata bahawa rakyat Korea Selatan di Malaysia juga tidak bimbang atau takut untuk terus berada di negara ini walaupun selepas kematian Jong-nam.

Beliau berkata keselamatan di Malaysia adalah baik dan Korea Selatan mempunyai kepercayaan penuh dan menghormati pasukan polis Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan