Subromaniam Dilantik KP Kastam Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 4:47 PM

T. Subromaniam.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk T. Subromaniam dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuat kuasa Jumaat, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Subromaniam, 58, yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan/ Penguatkuasaan) menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad yang bersara.

Subromaniam telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 33 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Penguasa Kastam pada 29 Julai 1984.

"Beliau (Subromaniam) berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pentadbiran, pengurusan cukai dan penguatkuasaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Sebelum ini, Subromaniam pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kastam Siasatan (Bahagian Penguatkuasaan) dan Ketua Penolong Pengarah Kastam Cawangan Siasatan.

"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki akan membolehkan beliau (Subromaniam) melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menyediakan perkhidmatan kastam bertaraf dunia," katanya. 

Ali bagi pihak kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Khazali di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 36 tahun. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan