Polis Perak Nafi Anggota Enggan Bantu Mangsa Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak pada Jumaat membidas pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan kisah anggotanya enggan membantu mangsa kemalangan dalam satu kejadian di sini petang Khamis.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, SAC T. Selven berkata, berita yang tular itu adalah tidak benar sama sekali kerana anggota terbabit telah mengambil langkah tepat dalam membantu mangsa dengan menghubungi pasukan paramedik.

Tindakan mengalih dan menghantar mangsa ke hospital menggunakan kereta peronda polis dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan mangsa, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau mengulas kejadian melibatkan seorang anggota polis yang dikatakan enggan menghantar mangsa kemalangan menggunakan kereta peronda sekalipun kejadian berlaku berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mengulas lanjut, Selven berkata, anggota berkenaan telah memainkan peranannya dengan baik termasuk mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan di lokasi kejadian yang boleh menyebabkan kelewatan ketibaan ambulans.

"Diharapkan masyarakat dapat membantu polis dalam menyangkal persepsi negatif serta memahami tugas-tugas polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan