Gedung KLIA2 Alami Gangguan Elektrik

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 2:19 PM

Paparan skrip video yang dimuat naik di Twitter @KhairulAqmal

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengunjung di Gateway@KLIA2 melalui pengalaman dalam keadaan gelap gelita selepas gedung itu mengalami gangguan bekalan elektrik.

Video yang dirakamkan oleh pengguna Twitter @KhairulAqmal menunjukkan beberapa orang berjalan di gedung itu dalam keadaan gelap. 

Bekalan elektrik terputus pada kira-kira pukul 12.20 tengah Jumaat selama kira-kira lima minit sebelum penjana elektrik membolehkan lampu kecemasan dihidupkan.

"Kami mengalami gangguan bekalan elektrik sekarang, kita belum tahu apakah punca masalahnya," kata wakil Gateway@KLIA2 ketika dihubungi.

Gateway@KLIA2 memberitahu, gangguan bekalan elektrik hanya berlaku pada kawasan membeli-belah dan semua di kawasan terminal berfungsi seperti biasa.

Wakil itu berkata, eskalator, lif dan beberapa lampu berfungsi, dan semuanya dalam keadaan terkawal.

"Kami memohon maaf kerana bekalan elektrik terputus, juruteknik kami sedang menanganinya," ujar wakil berkenaan.


Tags / Kata Kunci: KLIA2

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan