PAS-DAP Berdamai Di Tangan Hadi - Kit Siang - Berita Semasa | mStar

PAS-DAP Berdamai Di Tangan Hadi - Kit Siang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 7:03 PM

Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Wujud harapan untuk menyaksikan perdamaian antara DAP dan PAS, tetapi keputusan tersebut bergantung kepada parti Islam itu, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memutuskan sama ada partinya sedia bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan.

"Sama ada beliau (Abdul Hadi) mahu menyelamatkan Malaysia atau menyelamatkan Najib, biarlah beliau yang putuskan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, adalah lebih baik sekiranya PKR dan PAS bekerjasama untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN).


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan