Annuar Tiada Bukti Dakwaan Rasis - Kit Siang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 2:54 PM

Annuar Musa (kiri) dan Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lim Kit Siang mendakwa ganjaran wang tunai kepada mana-mana pihak yang boleh menyediakan bukti bahawa beliau adalah rasis menunjukkan Tan Sri Annuar Musa tidak mempunyai bukti berhubung dakwaannya itu.

"Meminta orang ramai untuk mencari fakta sama ada Kit Siang seorang yang rasis hanya menunjukkan Annuar sendiri tidak mempunyai sebarang bukti.

"Beliau sepatutnya mempunyai bukti sebelum menuduh sesiapa tetapi dalam hal ini adalah sebaliknya," katanya dalam satu majlis di sini, Jumaat.

Kit Siang berkata demikian bagi mengulas ganjaran RM10,000 yang ditawarkan Annuar kepada sesiapa yang boleh menyediakan bukti bahawa dirinya seorang rasis, anti-Islam dan diktator.

Ketua Penerangan Umno itu pada Khamis menganjurkan pertandingan, terbuka kepada sesiapa yang boleh mencipta akaun Instagram, blog atau artikel yang bertajuk "Kit Siang seorang rasis, anti-Islam dan diktator selama 51 tahun".

Tawaran Annuar susulan kenyataan Kit Siang yang mendakwa Annuar sebagai "bapa segala rasis" dan "penghinaan kepada Islam".

Pemimpin DAP itu turut mencabar Annuar menyaman beliau berhubung dakwaan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan