Adun Tungku Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 5:56 PM

Mohd Suhaili Said.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, 56, meninggal dunia petang tadi di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kakaknya, Ajarah Said yang mengesahkan perkara itu berkata, Allahyarham yang meninggal pada pukul 3.10 petang mengalami sakit kanser hati akan dibawa balik ke Kampung Remang.

"Saya mendapat maklumat ini daripada anak buah saya (anak arwah) dan berita ini sesuatu yang mengejutkan kerana arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum ini.

"Saya merancang untuk ke Kuala Lumpur pada malam ini namun dia (anak buah) meminta kami seluruh keluarga agar menunggu di sini sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Kampung Remang, Jalan Silabukan di Tungku pada Sabtu sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Segangan. 

Allahyarham dilahirkan di Kg Segangan, Tungku pada 1 Jun 1960.

Mohd Suhaili yang mendapat pendidikan Ijazah Syariah dan Undang-Undang di Universiti Al-Azhar pernah berkhidmat sebagai guru SMK Kunak dan SMK Agaseh antara 1987 dan 1988.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Maktab Perguruan Sandakan (Ketua Unit Pendidikan Islam dan Tamadun Islam) dari 1989 - 1995, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan Jabatan Pendidikan Sabah (1995-1996), pemangku Pengetua SM Agama Tun Sakaran, Semporna dan pemangku Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Sektor Pendidikan Islam.

Selain menjadi Adun Tungku, Allahyarham juga merupakan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Dayang Sofia Jamiuddin dan enam anak, masing-masing empat lelaki dan dua perempuan.

Tags / Kata Kunci: Mohd Suhaili Said

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan