Debat: Tajuddin Beri Peringatan Kepada Nazri

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 7:21 PM

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis diingatkan agar mengambil kira kedudukan beliau dalam kerajaan dan parti semasa berbahas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata apa juga yang diluahkan oleh Mohamed Nazri semasa debat itu akan diberi perhatian oleh rakyat.

"Rakyat ingin melihat dasar dan polisi yang memberikan hasil kepada mereka dengan idea-idea bernas yang dilontarkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dan bukan sesi menghentam terutama sekali Tun M (Dr Mahathir) yang lebih cenderung menghentam Perdana Menteri.

"Oleh itu, saya ingin ingatkan Mohamed Nazri bahawa anda mempunyai kepentingan dalam kerajaan dan Barisan Nasional (BN). Jadi sila ambil kira apabila bercakap ketika dialog nanti," katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Tani berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri gotong-royong bersama lebih 100 petani dan kakitangan agensi di bawah kementeriannya di Sungai Manik dekat sini Khamis.

Beliau mengulas Dialog Mahathir VS Nazri anjuran sebuah akhbar tempatan yang dijadual berlangsung pada 7 April di Auditorium Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Menurut Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, walaupun Mohamed Nazri berdialog bukan atas nama parti mahupun kerajaan, ia tetap akan berkait dan memberi kesan kepada kerajaan dan BN sekiranya Menteri Pelancongan dan kebudayaan itu tersilap langkah.

Tags / Kata Kunci: debat , Nazri Aziz , Tajuddin Abdul Rahman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan