Jangan Melobi Untuk Dapat Rumah - Sultan Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan memastikan projek Rumah Impian Bangsa Johor berjaya dalam membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.

Baginda bertitah ini ekoran lembaga pemilihan akan ditubuh untuk membuat tapisan dan penilaian terhadap setiap permohonan .

"Oleh itu, jangan melobi saya untuk dapat rumah tersebut," titah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda, di Istana Besar hari ini.

Menurut Sultan Ibrahim, projek berkenaan merupakan hadiah daripada baginda untuk membantu rakyat Johor yang betul-betul susah.

Baginda menambah harga jualan rumah itu adalah dalam lingkungan RM100,000 sahaja dan bayaran deposit pembeliannya pula hanya RM1 dengan pembiayaan 100 peratus daripada Bank Rakyat.

Projek itu, yang bakal dilaksana di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) dan Bank Rakyat, dilancarkan oleh baginda semalam dan akan dibangunkan di tiga kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Bandar DatoOnn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, di Bandar Dato Onn, projek itu akan dibina di kawasan seluas 21.32 hektar melibatkan lebih 520 unit rumah.

Rumah-rumah di kawasan itu terdiri daripada rumah teres, rumah berkembar dan rumah sesebuah dan dijual antara RM80,000 sehingga RM100,000 dengan pembinaan bermula sebelum hujung tahun ini.

Sementara itu, sejumlah 320 unit rumah terdiri daripada dua blok kediaman, masing-masing mempunyai 12 tingkat, akan dibina di tanah seluas 2.75 hektar di Bandar Baru Majidee.

Dengan harga kurang daripada RM150,000 seunit, kerja pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Selain itu, sebuah projek lagi melibatkan 1,000 unit rumah sedang dirancang di tanah rizab Melayu, seluas 3.055 hektar di kawasan Bukit Saujana.

Harga jualan dijangkakan daripada RM297,000 hingga RM420,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan