Ribuan Rakyat Hadir Jamuan Teh Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 7:13 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke Majlis Jamuan Teh sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dataran Bandaraya di sini, Khamis. -fotoTHESTAR/AbdulRahmanEmbong

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh bersempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dataran Bandaraya di sini.

Keberangkatan tiba baginda dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris pada 3.45 petang disambut lebih 10,000 rakyat Johor yang membanjiri dataran itu.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che' Puan Khaleeda Bustamam serta puteri Tunku Kalsom Aminah Sofiah dan para anakanda Sultan Ibrahim yang lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, barisan exco kerajaan negeri dan para pegawai kerajaan.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim turut berkenan memotong kek yang dipersembahkan kepada baginda.

Orang ramai merangkumi pelbagai kaum yang hadir kemudian berkesempatan bersalaman dengan baginda selain menikmati pelbagai juadah tradisional Johor.

Majlis yang berlangsung dalam cuaca cerah itu dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan nyanyian beberapa artis Yayasan Warisan Johor, Dayang Nurfaizah serta Hafiz Suip.

Sultan Johor meluangkan masa hampir dua jam bersama rakyat sebelum berangkat pulang kira-kira 5.30 petang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan