Tiga NGO Gesa Haram Tayang Filem Beauty And The Beast

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 7:53 PM

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah dan Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem 'Beauty and The Beast' yang mencetuskan kontroversi kerana mempunyai babak homoseksual yang bertentangan dengan nilai agama dan budaya negara ini.

Filem terbitan Walt Disney itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac ini selepas ditangguhkan tayangannya di Malaysia atas beberapa sebab termasuk penampilan watak gay.

Tiga NGO yang membuat laporan polis itu ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah, Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA) Mohd Fazil Abdullah dan Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay.

Abdul Rani berkata laporan polis itu dibuat setelah pihaknya melihat kenyataan yang tular di laman sosial bahawa filem berkenaan akan ditayangkan di pawagam tanpa sebarang potongan adegan-adegan homoseksual.

"Kami berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengharamkan tayangan filem berkenaan di negara ini.

"Penayangan filem tersebut tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada remaja dan rakyat di negara ini, sebaliknya hanya membawa nilai negatif dan kesan buruk kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Sebelum ini, Lembaga Penapis Filem (LPF) dilaporkan akan memotong babak homoseksual yang terdapat dalam filem berkenan namun setelah mendapat bantahan daripada Walt Disney, LPF bersetuju memberi kelulusan dengan sedikit suntingan.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Filem itu diklasifikasi P13 (bawah 13 tahun) iaitu penonton yang berumur 13 tahun ke bawah memerlukan pengawasan ibu bapa dan penjaga ketika menonton.


Tags / Kata Kunci: Beauty and The Beast , NGO , LPF

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan