LIMA'17: MOT, Agensi Tandatangani Enam MoU

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 6:08 PM

TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi (tiga dari kiri) berjabat tangan dengan Pengerusi Asia Freight Rail Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Zulkifli (dua dari kanan) sambil disaksikan wakil agensi lain selepas menandatangani perjanjian bersama di Pavilion MOT di Resort World Langkawi pada 23 Mac 2017. - ZHAFARAN NASIB/The Star

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Enam memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara Kementerian Pengangkutan, agensi di bawahnya dan beberapa organisasi bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) di sini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi hari ini menyaksikan upacara menandatangani MoU itu di Pavilion MOT di Resort World Langkawi.

MoU berkenaan ditandatangani antara Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA), yang diwakili pengerusinya Datuk Nordin Mat Yusoff, dan Agensi Maritim Kebangsaan Malaysia mengenai kerjasama Muafakat Maritim 1Malaysia berhubung perkongsian strategik.

Agensi Maritim Kebangsaan Malaysia diwakili Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar dan Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abdul Rahim Abdullah.

Kerjasama itu bertujuan meningkatkan dan melaksanakan aktiviti secara kolaborasi untuk manfaat masyarakat maritim, di samping memastikan wujudnya kestabilan keselamatan maritim.

Satu lagi MoU yang ditandatangani adalah antara Railway Assets Cooperation (RAC), yang diwakili pengurus besarnya, Dr Kang Tong Hum, dan Asia Freight Rai (AFR) Sdn Bhd, yang diwakili pengerusinya Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

MoU itu bertujuan menetapkan terma dan syarat berkaitan penggunaan akses terhadap rangkaian kereta api milik RAC oleh AFR bagi tujuan perniagaan mereka (pengangkutan kargo).

Antara perkara yang akan diperhalusi adalah berkaitan caj akses, tempoh penggunaan, hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak serta terma dan syarat lain.

Abdul Aziz juga menyaksikan upacara menandatangani MoU antara Jabatan Laut dan empat universiti - Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Meritus University dan Universiti Teknologi Mara - bagi membolehkan pakar tempatan dalam sektor maritim, khususnya pengangkutan marin, bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan latihan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MOT , LIMA 2017

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan