'Kami Tahu Siapa Di Dalam' - KPN

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui identiti individu yang masih berada dalam Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Namun Ketua Polis Negara itu berkata, usaha untuk mendapatkan "kerjasama" dengan pihak terbabit masih lagi dilaksanakan.

"Tidak kira siapa yang dirakamkan menerusi kamera di kedutaan tersebut.

"Kami tahu siapa berada di dalamnya," kata beliau pada sidang media di Bukit Aman pada Khamis selepas majlis penyerahan kereta Kia Sorento kepada PDRM oleh syarikat Naza Motors.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan bahawa rakaman video seorang lelaki yang menyerupai kaki tangan Air Koryo, Kim Uk-il dikesan bermain pool dalam kedutaan tersebut.

Ditanya sama ada ejen Korea Utara tiba di Malaysia untuk menjalankan siasatan berhubung kes pembuuhnan Kim Jong-nam, Khalid enggan memberi sebarang komen.

"Mana-mana agensi penguatkuasa asing yang mahu menjalankan siasatan sendiri di Malaysia, perlu mendapatkan kelulusan daripada kami," kata beliau.

Berhubung pemburuan beberapa suspek kes pembunuhan itu, beliau berkata, usaha mengesan mereka yang terlibat masih diteruskan.

"Kita sedang berusaha mencari suspek terlibat," kata beliau tanpa mendedahkan jumlah suspek yang dikehendaki oleh polis.

Selain itu, Khalid turut mengingatkan orang awam agar tidak percaya kepada khabar angin yang mengatakan suspek dalang pembunuhan, Ri Jong-chol yang diusir balik ke Korea Utara merupakan penjual senjata api.

Jong-nam yang merupakan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mati dibunuh menggunakan bahan kimia berbahaya, agen saraf VX oleh dua wanita asing di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan