Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 8:16 AM

Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. 

Titah baginda itu disampaikan kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim pada Rabu malam.

"Saya terharu dengan respons rakyat saya. Tolong jangan terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan rumah itu.

Proses yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang layak diberikan pertimbangan," titah Sultan Ibrahim. 

Setakat pukul 7 malam Rabu, 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa Johor.

Projek berkenaan, yang dilancarkan petang Rabu, merupakan hasil cetusan idea Sultan Johor, yang turut memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki rumah dengan harga serendah RM80,000.

Kepada mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran dalam talian menerusi http://www.yayasansultanibrahim.org.my. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rumah Impian Bangsa Johor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan