Majikan Gaji PATI Digesa Segerakan Mohon E-Kad

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 5:52 PM

(Dari kiri) Tarmizi Talib Ali, Mohd Nasri Bin Ishak, Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Mohamed Yusoff Khan menunuukkan E-Kad pada sidang media di Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan pada 23 Mac 2017 - Art Chen/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan yang menggaji Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) digesa supaya tidak berlengah untuk membuat permohonan Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan penggajian pekerja dibuat secara sah.

Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Mohd Nasri Ishak berkata program tersebut akan tamat pada 30 Jun ini dan mana-mana majikan atau PATI yang gagal berbuat demikian selepas tarikh tersebut akan dikenakan tindakan penguatkuasaan.

"Saya menggesa semua majikan yang mempunyai PATI yang bekerja dengan mereka supaya segera mendaftar kerana program ini akan tamat pada 30 Jun dan tidak akan disambung lagi.

"Kita mohon semua majikan segera mendaftar kerana selepas ini tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap majikan yang didapati menggaji PATI atau pekerja tanpa pas yang sah akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dengan hukuman yang berat," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan proses permohonan E-Kad di Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan di sini Khamis.

Mohd Nasri berkata sejak permohonan E-Kad dibuka pada 15 Februari lalu, ia mendapat sambutan yang menggalakkan dengan Wilayah Persekutuan mendapat jumlah pendaftaran kedua tertinggi melibatkan 386 majikan dan 4,598 PATI, selepas ibu pejabat di Putrajaya yang mendapat lebih 10,000 pendaftaran.

Katanya, walaupun jumlah itu menggalakkan, beliau tetap berharap agar majikan dan PATI segera membuat permohonan sebelum terlambat, selain setiap pejabat Imigresen mempunyai had pemprosesan kad dalam masa sehari.

"Kita sudah terima pertanyaan daripada ramai majikan dan kita di sini tak boleh proses lebih dari purata 184 permohonan sehari.

"Ada majikan yang bawa sehingga 300 PATI jadi kita terpaksa buat temujanji dan setakat ini temujanji itu sudah dibuat sehingga Mei," katanya.

Menurut Mohd Nasri, selepas 30 Jun, mana-mana majikan yang didapati tidak mempunyai E-Kad dan menggaji PATI boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dengan hukuman denda tidak kurang dari RM10,000 tetapi tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi tiap seorang yang diambil bekerja.

"Hukuman sebat juga boleh dikenakan jika majikan menggaji lebih daripada lima orang pekerja tanpa pas yang sah," katanya.

Mengenai proses dan prosedur permohonan, beliau berkata majikan atau pengurus dari bahagian sumber manusia syarikat perlu datang sendiri membawa PATI bagi mengelak penipuan.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan ini dan tiada ejen telah dilantik oleh jabatan untuk menguruskan program ini.

"Kita akan keluarkan kad dalam masa satu hari.

"Prosesnya, majikan datang bawa PATI dan dokumen yang diperlukan, kemudian daftar dengan Imigresen, selepas itu kita akan proses dan terus dapat kad," katanya.

Mohd Nasri berkata langkah seterusnya selepas E-Kad diperolehi adalah proses 'rehiring' di mana E-Kad akan digunakan PATI untuk memohon pasport di kedutaan masing-masing untuk program pemutihan dan bagi mendapatkan status pekerja yang sah.

Katanya, selepas permohonan E-Kad tamat pada 30 Jun, majikan dan Pati mempunyai masa sehingga 15 Februari tahun depan untuk proses rehiring (pengambilan semula).

"E-Kad bukan permit kerja yang sah, E-Kad hanyalah dokumen perjalanan sementara menunggu proses permohonan kerja dibuat secara sah," katanya.

Dianggarkan antara 400,000 hingga 600,000 PATI akan mengambil peluang berdaftar dalam program ini, yang sekali gus diharap dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi sektor lima ekonomi.

Lima sektor ekonomi yang telah dikenalpasti memerlukan pekerja asing adalah sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.

Tags / Kata Kunci: PATI , Imigresen

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan