Buaya Berukuran 10 Kaki Berjaya Ditangkap

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seekor buaya sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap di tebing sungai Kampung Sungai Semilang, Kuala Juru, di sini sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kehadiran buaya di kawasan itu kira-kira 10.17 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

"Penduduk di kawasan itu gempar selepas mendapati ada seekor buaya dipercayai jenis air masin di atas tebing sungai di situ sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

"Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda yang tiba di lokasi kejadian mendapati buaya itu masih berada di kawasan berkenaan dan komander operasi membuat 'size up' serta mengarahkan anggota membuat tangkapan," katanya di sini Khamis.

-fotoBERNAMA

Beliau berkata pihaknya dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Perhilitan dan Pasukan Bomba Sukarela Juru menggunakan penjerut serta tali berjaya menangkap buaya berkenaan pada 1 tengah hari.

Dipercayai buaya itu datang dari sungai berhampiran dan naik ke tebing di situ untuk mencari makanan, katanya.

Seorang penduduk Mohd Hasani Mohd Dain, 34, berkata penduduk kampung sering terserempak dengan buaya sejak 10 tahun lepas dan sudah beberapa kali cuba menangkapnya, namun reptilia terbabit melarikan diri sebaik menyedari kehadiran orang ramai.

Katanya di kawasan berkenaan terdapat antara empat dan lima ekor buaya spesies sama.

"Buaya itu tidak mengganggu orang kampung dan hanya makan monyet serta hidupan liar di kawasan paya bakau di sini, kadangkala timbul kebimbangan juga akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya.


Tags / Kata Kunci: buaya , Kuala Juru , Perhilitan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan