Ganjaran RM10,000 Jika Dedah Kit Siang Rasis, Anti-Islam - TSAM

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa akan menawarkan ganjaran berupa wang tunai sebanyak RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendedahkan fakta tentang Lim Kit Siang seorang yang rasis, anti Islam dan diktator politik.

Tawaran itu susulan dakwaan Ahli Parlimen DAP itu pada Isnin lalu yang menggelar Annuar sebagai `bapa kepada segala rasis'.

Ketua Penerangan Umno itu berkata, orang ramai boleh melakukannya dalam pelbagai bentuk termasuk menerusi laman sosial Instagram (IG) mahupun penulisan di blog yang bertajuk "Yang Berhormat Lim Kit Siang rasis, anti Islam dan diktator selama 51 tahun, adakah benar?".

Annuar berkata, pertandingan yang terbuka kepada orang ramai dan perlu dihantar sebelum 30 Mei itu akan membantu beliau untuk mendapatkan fakta lanjut berhubung dakwaannya terhadap Kit Siang.

"Mungkin orang boleh buat kajian dalam ucapannya di Parlimen, bahan-bahan boleh terdapat merata-rata.

"Hadiah RM10,000 kepada sesiapa yang membuat fakta yang betul, ada kaitan dengan Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan diktator politik selama 51 tahun, dalam bentuk IG, penulisan blog dan artikel dan hantar ke pejabat saya, pejabat Ketua Penerangan Umno.

"Saya amat serius. Ia akan bantu saya. Jika saya buat akan mengambil lebih banyak masa. Saya mahu orang ramai bantu saya untuk buat kajian," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Khamis.

Dakwaan Kit Siang itu berikutan kenyataan Annuar pada Ahad mendakwa Ahli Parlimen Gelang Patah sebagai rasis, anti-Islam dan diktator politik berdasarkan tindak-tanduknya selama ini.

Ditanya adakah tindakan undang-undang diambil terhadap Kit Siang, Annuar berkata, sebagai ahli politik, tindakan yang terbaik adalah membuat keputusan berasaskan politik.

"Jika tidak, saya kena ambil beberapa peguam, turun naik mahkamah setiap masa.

"Soal beliau nak mencabar balik, saya fikir itu saja tindakannya yang berapi-api di Parlimen, biarlah," katanya.

Sebelum ini, Kit Siang dilaporkan berkata, Annuar sangat terdesak, sangat tertekan sehingga rela bercakap apa yang tidak berasas.

"Oleh itu, sangat jelas dia adalah `father of all racist'. Apa yang dia buat sangat `disgrace' kepada Islam, penghinaan yang besar kepada Islam. Kalau dia berani, boleh saman saya," ujar Kit Siang.

Sama ada tindakan saman akan dikenakan terhadap Annuar, Kit Siang berkata, beliau akan merujuk kepada peguamnya terlebih dahulu.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Lim Kit Siang , Tawaran

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan