Anak Bekas Duta Korea Utara Ke Vietnam Antara Suspek Bunuh Jong-nam

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 3:51 PM

Foto suspek Ri Ji Hyon dari Korea Utara yang dikeluarkan oleh Polis Malaysia pada 19 Mac lalu. Foto: AFP.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA / HANOI: Seorang suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam dilaporkan anak kepada bekas Duta Korea Utara atas ke Vietnam.

Lelaki tersebut turut didakwa telah mengumpan seorangwanita Vietnam untuk terlibat dalam kes pembunuhan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Menurut agensi berita Yonhap yang memetik daripada sumber berkata, Ri Ji Hyon, 33, adalah anak kepada bekas duta Korea Utara ke Hanoi, Ri Hong, dan tinggal di Vietnam kira-kira 10 tahun.

Sumber turut memberitahu bahawa Ji Hyon bekerja sebagai diplomat pelatih di kedutaan Korea Utara lebih daripada setahun dan bekerja sebagai jurubahasa.

Dengan kelebihan berbahasa Vietnam,  Jo Hyon telah menggunakan suspek wanita dari Vietnam, Doan Thi Huong dalam perancangannya untuk membunuh Jong-nam yang ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Thi Huong bersama seorang lagi suspek wanita dari Indonesia, Siti Aisyah didakwa menyapu bahan kimia berbahaya, agen saraf VX ke muka Jong-nam.

Mereka telah dituduh membunuh Jong-nam namun kedua-duanya mendakwa tindakan itu sebagai satu gurauan dalam salah satu program realiti.

Ji Hyon merupakan antara empat suspek Korea Utara yang meninggalkan Malaysia pada hari Jong-nam dibunuh dan mereka dipercayai telah kembali ke Pyongyang. 

Interpol telah mengeluarkan notis merah untuk mengesan dan menangkap mereka.

Polis Malaysia juga telah meminta bantuan kedutaan Korea Utara untuk mengambil keterangan dua lagi rakyat mereka dan seorang daripadanya merupakan pekerja syarikat penerbangan dan seorang lagi adalah diplomat kanan yang bekerja di Kuala Lumpur.

Namun bulan lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui polis boleh mengeluarkan waran tangkap terhadap pekerja Air Koryo Kim Uk-il,  tetapi tidak boleh mengambil tindakan yang sama terhadap Setiausaha Kedua Hyon Kwang-song, yang mempunyai imuniti diplomatik.

Jong-nam dipercayai telah dibunuh atas arahan pemimpin tertinggi negara itu. -The Straits Times / Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Suspek , Korea Utara

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan