Shazalli Bakal Teraju TM

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 10:19 AM

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) melantik Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, 55, sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuat kuasa 1 Mei 2017.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, TM berkata Shazalli menggantikan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa yang bersara sebagai CEO Kumpulan pada 20 April.

Mohammed Shazalli kini berkhidmat sebagai CEO Serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat (EVP) Axiata Group Bhd.

TM turut melantik Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan  (GCFO), Datuk Bazlan Osman, 53, sebagai Pengarah Eksekutif dan Timbalan CEO baharu kumpulan mulai 1 April.

Pengawal Kewangan sedia ada, Nor Fadhilah Mohd Ali dilantik menjalankan tugas GCFO, berkuat kuasa 1 April, sehingga jawatan itu diisi.

Pengerusi TM, Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata pelantikan Shazalli menandakan era baharu kepimpinan TM.

Beliau berkata Shazalli memiliki keupayaan dan pengetahuan untuk membina asas yang kukuh yang telah dibangunkan oleh Zamzamzairani.

"Bersama dengan Bazlan sebagai timbalannya, duo dinamik ini akan menjadikan pasukan ini hebat," katanya.

TM yakin menerusi era kepimpinan baharu itu serta gabungan kukuh kepakaran industri, pemasaran, kewangan dan operasi, akan meneruskan momentum padu yang sudah dibangunkan TM sebagai juara pertumpuan Malaysia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan