Pusat Kecantikan Tidak Boleh Tawar Khidmat Suntik Botox

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 3:40 PM

Datuk Seri Dr S.Subramaniam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada pusat atau salon kecantikan supaya tidak menyediakan perkhidmatan suntikan Botox kerana produk itu di luar bidang kawalan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata prosedur kecantikan itu telah diklasifikasikan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sebagai sejenis ubat dan penggunaannya perlu dikendalikan pengamal perubatan berdaftar yang terlatih.

"Premis suntikan Botox itu melanggar peraturan yang ditetapkan kerana apa-apa jenis rawatan dari segi perubatan cuma boleh disediakan di pusat-pusat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan," katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Beliau menjawab soalan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) yang bertanya mengenai langkah pencegahan yang berkesan bagi mengelakkan klinik kecantikan yang berdaftar menawarkan perkhidmatan seumpama itu.

Jelasnya, dari sudut perundangan, pusat kecantikan atau salon hanya boleh menjalankan rawatan kecantikan untuk di bahagian luar kulit atau luaran badan, sebaliknya Botox adalah sejenis produk yang perlu disuntik ke dalam kulit.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya melalui Bahagian Perubatan dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menjalankan pemantauan ke atas pusat-pusat berkenaan dan sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya manakala kesalahan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.


Tags / Kata Kunci: pusat kecantikan , Botox , Dr Subra

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan