Aksi Memukau Pramugara AirAsia Dalam Klip Video 'Toxic'

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang pramugara AirAsia telah menggunakan peluang dan kesempatan daripada sebuah pesawat tanpa penumpang untuk meniru aksi dan tarian Britney Spears dalam klip video Toxic.

Assraf Nasir, dilihat berjalan dengan penuh gaya di lorong pesawat Airbus A330 yang kosong, menari di pintu dan menolak troli makanan, meniru lagak Spears dalam video asalnya.

Video ini pada asalnya dimuatnaik oleh rakan sekerja Assraf, Farhan Rzman, di mana ia mendapat hampir 5,000 ulang 'tweet' (retweet).

Tetapi apabila ia disiarkan semula di laman Facebook 9GAG, ia mendapat lebih sembilan juta kali tontonan.

"Adakah ini puncanya penerbangan saya ditangguhkan untuk 'pembersihan dan pemeriksaan'," seorang pengguna Facebook bergurau di bahagian komen video seperti yang dipetik oleh Mashable.

"Matlamat baharu...bercuti sehingga saya dapat berjumpa dengan pramugara ini," kata seorang lagi pengguna.

Bagaimanapun, video ini bukan sahaja mampu mencuit hati pengguna di Facebook, tetapi juga majikan Assraf.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes turut berkongsi video ini di Instagram.

"Klasik. 'Toxic' versi AirAsia. Bakat yang ada dalam AirAsia tidak pernah gagal untuk membuat saya rasa terpukau. Terbaik @assrafnasir. Saya suka apabila kakitangan saya boleh berseronok dan menjadi diri mereka sendiri," tulis Fernandes. -The Jakarta Post / Asia News Network

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan