PMO Nafi Najib Keluarkan Surat Raih Bantuan, Kesetiaan PRU-14

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 8:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk meraih bantuan dan memberi kesetiaan kepada beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Penyebaran surat palsu itu merupakan usaha pihak tertentu yang cuba memperlekehkan kedudukan Perdana Menteri bagi tujuan kepentingan politik mereka, kata Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Iskandar Mohd Kaus Selasa.

Beliau berkata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dimaklumkan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah mengedarkan surat itu yang kononnya daripada Najib.

"Surat palsu yang diedarkan itu menggunakan kertas rasmi kerajaan dan (kononnya) ditandatangani sendiri oleh YAB Perdana Menteri telah dikirimkan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif organisasi swasta dan syarikat kepunyaan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini, malam Selasa.

Sehubungan itu, katanya, Pejabat Perdana Menteri akan membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu itu.

Tags / Kata Kunci: PMO , surat kesetiaan , PRU-14

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan