Najib Lancar Zon Perdagangan Bebas Digital Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 10:44 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama pada Rabu.

Acara itu dilangsungkan bersama kehadiran Pengasas Alibaba Jack Ma.

Zon Perdagangan Bebas Digital yang diilhamkan oleh Najib, dirancang untuk menggalakkan lebih banyak pihak terlibat dalam sektor e-dagang negara.

Pelaksanaan zon pertama seumpama itu di dunia, diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017.

Najib juga melantik jutawan Internet, Jack Ma, sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia semasa lawatan beliau ke China tahun lepas bagi menerajui pembangunan e-dagang Malaysia.

Zon Perdagangan Bebas Digital itu akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovasi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa.

Malaysia yang bergantung kepada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan kilang yang berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaih saing di peringkat serantau dan global.

Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencecah 17.8 peratus pada 2015 dan hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020.

Dalam Bajet 2017, sebanyak RM162 juta diperuntukan dalam untuk melaksanakan  pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, 'Digital Maker Movement' serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan