Laluan Baharu Tarik Lebih Ramai Pelancong China - CEO AirAsia

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 2:11 PM

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar (tengah) bergambar bersama krew pada Majlis Perasmian Laluan Baharu AirAsia dari Langkawi ke Shenzen, China sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14, Rabu.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, menjangkakan laluan terkininya, Langkawi-Shenzen, dapat meningkatkan jumlah pelancong dari China ke pulau peranginan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar berkata laluan antarabangsa ketiga syarikat penerbangan itu dari Langkawi, bakal membawa lebih ramai pelancong dari China berdasarkan kepada kejayaan laluan lain ke China, Langkawi-Guangzhou.

"Apabila kami melancarkan laluan Langkawi-Guangzhou pada tahun lepas, kami menyaksikan pertumbuhan jumlah pelancong China ke Langkawi kira-kira 130  peratus dengan penerbangan kami. Kami berpendapat dengan laluan baharu ini, ia akan dapat membawa lebih ramai pelancong dari China," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai melancarkan laluan berkenaan bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 di sini Rabu.

Beliau berkata China juga merupakan pasaran pelancong terbesar  AirAsia ke Langkawi diikuti UK, Singapura dan India.

Aireen berkata penumpang AirAsia ke Langkawi berkembang sebanyak 30 peratus tahun lepas berbanding 2015.

Selain Shenzen dan Guangzhou, AirAsia turut mengendalikan penerbangan antarabangsa Langkawi-Singapura serta penerbangan domestik ke dan dari  Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , laluan baharu , Shenzen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan