KL Bandaraya Paling Murah Di Asean, Singapura Paling Mahal Di Dunia

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kuala Lumpur telah dinilai sebagai bandaraya paling murah di Asean dari segi kos sara hidup, manakala Singapura kekal sebagai negara paling mahal di dunia.

Dalam kaji selidik Kos Sara Hidup Di Seluruh Dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-96 bandar paling mahal di dunia, bersama Bogota.

Singapura berada di kedudukan pertama, 20 peratus lebih mahal dari New York yang berada di tangga kesembilan dan lima peratus lebih mahal dari Hong Kong yang menduduki tempat kedua.

Kaji selidik itu membandingkan harga 160 barangan dan perkhidmatan di 133 bandaraya di seluruh dunia dan digunakan oleh pengurus sumber manusia untuk mengira pakej pampasan untuk mereka yang bertugas di luar negara.

Lima dari enam bandaraya paling mahal di dunia datangnya dari Asia. Selepas Singapura dan Hong Kong, Tokyo disenaraikan di kedudukan keempat, diikuti Osaka (5) dan Seoul (6).

Zurich menjadi satu-satunya bandar Eropah yang menduduki senarai enam teratas bandar paling mahal di dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan