Husam Diarah Keluar Dewan Selepas Ingkar Arahan Speaker

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 2:53 PM

Datuk Husam Musa

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa diarah Speaker Datuk Abdullah Ya'kub meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas mengingkari peraturan Dewan.

Perintah kepada bekas Exco kerajaan negeri itu dikeluarkan pada penghujung persidangan iaitu kira-kira lima minit sebelum sidang DUN tamat.

Tindakan itu dibuat selepas Speaker beberapa kali memberi amaran lisan kepada Husam kerana tindakannya mencelah dan mengganggu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang sedang menggulung titah Pemangku Raja Kelantan.

Husam sebelum itu bangun mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Datuk Nassuruddin Daud yang bercakap mengenai isu sumpah, baiah dan lafaz taklik ketika sesi penggulungan.

Bagaimanapun Ahmad enggan memberi laluan.

Abdullah kemudian beberapa kali mengarahkan Husam duduk dan memberi laluan kepada Ahmad untuk menyambung penggulungannya namun terus diingkari Husam, menyebabkan beliau diarahkan keluar dewan.

Husam ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata beliau terkejut selepas diarahkan keluar dewan namun bertekad untuk terus hadir persidangan DUN akan datang.

Sementara itu, Ahmad berkata setiap Adun perlu mematuhi peraturan dewan kerana kerajaan memberi peluang untuk berbahas pada Selasa, namun tidak digunakan oleh Husam untuk berbuat demikian.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan