Takut Tegur Anak Punca Salah Laku Sosial - AADK

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 7:18 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Sikap orang dewasa yang sudah tidak berani menegur kesalahan anak-anak menjadi antara punca semakin banyak salah laku sosial berlaku di negara ini termasuk masalah penagihan dadah.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata apabila ramai di kalangan orang dewasa tidak lagi mengambil peranan untuk mendidik, anak-anak yang pada awalnya terlibat dengan masalah 'kecil', akhirnya boleh terjerumus kepada gejala sosial yang lebih berat.

"Apabila semakin ramai orang dewasa tidak melarang atau menegah mereka apabila melakukan kesalahan dan lebih suka 'memindahkan' tanggungjawab itu kepada orang lain, maka situasi ini akan melarat sehingga ke peringkat terjebak dengan dadah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bicara Banteras Dadah di Dewan Amphitheater UMNO Bahagian Pekan, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah AADK Pahang Abdul Ghani Abdul Rahman.

Berdasarkan statistik yang direkodkan oleh agensi itu, jumlah penagih dadah di negara ini terus meningkat kepada 22,711 orang tahun lepas dengan 17,398 daripadanya merupakan penagih baharu berbanding 19,578 orang pada tahun 2015. 

"Mengikut rekod yang diperoleh, ramai golongan belia terlibat termasuk pelajar sekolah dengan yang paling muda dikesan berumur 13 tahun.

"Keadaan ini seolah-olah sudah menjadi trend sekali gus menunjukkan kebolehdapatan bahan terlarang itu iaitu mudah atau senang masuk ke dalam komuniti kita," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Abd Halim berkata, keadaan itu juga disumbangkan oleh faktor pengaruh kawan sebaya selain didorong rasa ingin tahu serta jati diri yang rapuh menyebabkan golongan berkenaan mudah terjerumus ke kancah penagihan dadah.

Sehubungan itu, katanya, AADK kini mengambil pendekatan dari sudut pembangunan melibatkan pemantauan ke atas risiko persekitaran, komuniti serta keselamatan masyarakat terutamanya anak-anak.

"Jika kita mahu membanteras dadah, masyarakat harus memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha yang dilakukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Abd Halim Mohd Hussin , AADK

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan