Pembangkang Sentiasa Harap DBKL Gagal - Ku Nan

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 1:56 PM

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) meninjau jejantas selepas majlis perasmian dan pembukaan jejantas pejalan kaki dari Stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya, Selasa. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan yang berterusan untuk menaik taraf kemudahan di ibu negara demi keselesaan rakyat telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pembangkang, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sikap pembangkang yang sering mengkritik usaha murni kerajaan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan seolah-olah mereka tidak sayangkan Malaysia.

"Macam-macam komen puak-puak yang tak bertanggungjawab, khususnya puak pembangkanglah...dia tak suka apa yang kita lakukan ini mendapat kejayaan.

"Dia harap apa yang kerajaan dan DBKL lakukan akan gagal, itu niat pembangkang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan pembukaan jejantas pejalan kaki dari Stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumi Raya di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa.

Tengku Adnan berkata, semua pihak termasuk pembangkang sepatutnya menyambut baik kemudahan yang disediakan kerajaan kerana ia jelas memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya tak tahu kenapa, barangkali dia (pembangkang) tidak sayang negara, kita sayang kepada negara kita, kerana Malaysia ini negara kita," katanya.

Tengku Adnan berkata dengan pembukaan jejantas ini, seluruh warga kota dapat menggunakannya selain dapat mengurangkan kejadian yang tidak diingini seperti kes ragut, kemalangan dan sebagainya.

"Kepada rakyat, tolong gunakan jejantas pejalan kaki ini kerana kita tak mahu melihat rakyat berkeliaran di tepi jalan dan kadang kala akan membawa kepada kemudaratan," katanya.

Jejantas berukuran 200 meter itu dijangka mampu memberi kemudahan kepada pejalan kaki serta pengguna LRT di kawasan sekitarnya.

Dihiasi dengan warna pelangi, ia menelan kos sebanyak RM7.27 juta dan mengambil masa 17 bulan untuk disiapkan.

Jejantas ini memberi manfaat kepada orang ramai yang sering berkunjung ke Sogo, Kompleks Pertama, bangunan Mara, Wisma Bumi Raya, bangunan CIMB dan kawasan lain berhampiran dengannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan