Rumah Kebajikan Di Kulim Terima Sumbangan Lelaki Dakwa Dirinya Paling Kaya

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 9:39 AM

Dr Solomon memberikan ucapan ketika majlis makan malam di Rumah Kebajikan Kanak-kanak Batu Grace, Taman Desa Aman, Kulim. Turut hadir Datuk Seri Steven Yong (dua, kanan) dan isterinya Datin Seri Annie Chong (kiri).

(Ubah saiz teks)

KULIM: Rumah Kebajikan Kanak-kanak Batu Grace terus mendapat perhatian ahli perniagaan kontroversi Zhang Jian, yang mendakwa dirinya sebagai bakal lelaki terkaya di dunia selepas beliau menderma sebanyak RM1.2 juta pada 2014 dan tambahan RM10,000 bulanan bermula bulan ini.

"Dengan sumbangan terkini ahli perniagaan itu dan juga sumbangan orang ramai, rumah ini dapat terus dikendalikan tanpa rasa bimbang," kata pengasas kediaman, Dr Solomon B.G. Rajanthren dalam satu majlis makan malam.

Wang RM1.2 juta sumbangan Zhang telah digunakan untuk membeli tiga buah banglo yang kini sedang digunakan, katanya Dr Solomon.

Datuk Seri Steven Yong, yang mewakili Zhang berkata sebanyak RM10,000 akan didermakan dalam tempoh 12 bulan, sambil menambah kadarnya yang akan ditingkatkan secara beransur-ansur.

"Saya telah berjumpa dengan dia (Zhang) di Eropah dan dia beritahu saya bahawa dia akan berada di Malaysia pada Jun ini," kata Yong.

"Zhang juga akan melawat rumah ini tidak lama lagi untuk bertemu kanak-kanak di sini dan melihat bagaimana ia diuruskan," katanya.

Yong dan isterinya Datin Seri Annie Chong adalah antara 400 orang yang menghadiri majlis makan malam rumah kebajikan ini yang terletak di Taman Desa Aman hujung minggu lalu.

Dr Solomon berkata, majlis makan malam itu dianjurkan bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada kepada bapa pembaptisan mereka yang banyak menghulurkan bantuan.

Rumah ini mempunyai 96 penghuni.

Zhang telah terperangkap dalam kontroversi apabila syarikatnya, Yun Shu Mao, dikaitkan dengan skim cepat cepat kaya yang telah disiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Superintendan Chan Teck Paing, ketika dihubungi pada Isnin berkata polis tidak menerima sebarang laporan mengenai Zhang.

"Jadi, kita tidak menyiasat beliau tetapi kami akan memantau keadaan dengan teliti," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan