PPBM Jadikan Pakatan Harapan Makin Kuat - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan menjadikan gabungan parti pembangkang itu semakin kuat dan diyakini rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, partinya mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu dan parti yang sentiasa inginkan perubahan demi rakyat dan negara.

"Keputusan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan membuktikan  Pakatan pada hari ini adalah platform yang kuat dan diyakini rakyat.

"Oleh itu, untuk menghadapi PRU-14, kita perlu menggembeleng seluruh tenaga dan pemikiran di kalangan pemimpin parti progresif yang mahukan perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pendaftaran Rumah Selangorku di Putra Heights di sini, Selasa.

Pada Isnin, Pakatan Harapan secara rasmi menyambut kehadiran PPBM dalam pakatan pembangkang.

Keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, soal satu logo, satu nama dan satu manifesto gabungan baharu dalam Pakatan Harapan akan diputuskan majlis presiden yang akan turut dihadiri PPBM, minggu hadapan.

Beliau menambah, pihaknya juga telah membentuk jawatankuasa  untuk meneliti cadangan tersebut sebelum dimuktamadkan.

"Ini sedang dibincangkan di peringkat sekretariat, ada konsensus pimpinan Pakatan dan PPBM untuk mewujudkan satu logo dan satu manifesto menjelang PRU-14," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azmin , PPBM , Pakatan Harapan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan