Kekalahan Nik Abduh Tak Jejas Kerjasama PKR-PAS - Azmin Ali

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Kekalahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Pengkalan Chepa tidak menjejaskan pertimbangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bekerjasama dengan PAS, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malahan Timbalan Presiden PKR itu berkata, parti itu tidak mencampuri hal dalaman parti Islam tersebut.

"Itu kita serah kepada parti berkenaan. Bila kita ambil pendirian untuk bekerjasama dengan PAS, bukan kerana individu-individu tertentu.

"Tetapi ini adalah kerana dasar PKR dan PAS. Ia tidak bergantung kepada mana-mana individu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas selepas majlis pelancaran dan pendaftaran Rumah Selangorku di Putra Heights di sini, Selasa.

Turut hadir, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Jauhari Hamidi.

Sabtu lalu, Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor pada Isnin berkata, pihaknya masih tetap berbincang dengan PAS walaupun parti Islam itu menerima dua usul bahagiannya di Pulau Pinang supaya memutuskan hubungan dengan PKR.

Menurut Azmin, keputusan sama ada PAS mahu menerima dua usul daripada Permatang Pauh dan Bayan Baru bergantung kepada pimpinan tertinggi parti Islam itu.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan PAS dan pemimpinnya untuk tentukan. Bagi pihak PKR kita mahu semua parti yang progresif, yang ingin lakukan perubahan bersama-sama. Pendirian PKR tidak berubah,” katanya.

Nik Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Pengkalan Chepa hanya memperoleh 37 undi, manakala pencabarnya, Dr Izani Husin yang juga penyandang jawatan mendapat 209 undi.


Tags / Kata Kunci: Nik Abduh , Azmin , PAS , PKR

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan