Debat Nazri-Tun M @ Shah Alam, 7 April

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 8:44 PM

Dr Mahathir (kiri) dan Nazri Aziz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa jam selepas pihak polis menolak permohonan permit debat antara Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  pada 25 Mac ini, penganjur memutuskan untuk meneruskannya di lokasi baharu.

Jika sebelum ini dialog yang mendapat perhatian ramai itu dirancang diadakan di dewan MRSM Kuala Kangsar, kini ia bakal berlangsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada 7 April ini.

Kumpulan Media Karangkraf adalah penganjur debat melibatkan pengerusi PPBM dengan menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

Pengasas Kumpulan Karangkraf , Datuk Hussamuddin Yaacob mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya pada Selasa malam.

Menurutnya, program tersebut  akan berlangsung pukul 9.30 malam, 7 April depan.

"Wacana/dialog Mahathir/Nazri akan diadakan di Dewan Karangkaraf, Shah Alam jam 9.30mlm, Jumaat 7hb April, 2017. 

"Sinar TV akan siar live (langsung). Rasmi," jelas beliau melalui Twitternya.


Sebelum ini, polis tidak meluluskan permohonan permit untuk debat itu dan menganggap penolakan itu sebagai langkah terbaik untuk kepentingan awam.

Keputusan polis turut mendapat kritikan Nazri yang bertegas untuk meneruskan program itu.

Tags / Kata Kunci: Debat , Nazri-Tun M , Karangkraf

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan