12 Rakyat Malaysia Tersenarai Individu Paling Kaya Di Dunia

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 10:30 AM

Robert Kuok
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua belas rakyat Malaysia tersenarai dalam kedudukan tahunan terkini individu paling kaya di dunia menerusi majalah Forbes.

Menduduki carta teratas yang juga paling kaya di negara ini adalah Robert Kuok pada kedudukan ke-115 dengan nilai kekayaan mencecah AS$11.4 bilion.

Beliau juga antara hartawan Malaysia tertua pada usia 93 tahun.

Turut tersenarai adalah Tan Sri Quek Leng Chan (202/AS$6.8bilion), T. Ananda Krishnan (219/AS$6.5bilion), Tan Sri Lee Shin Cheng (348/AS$4.7bilion), Tan Sri Teh Hong Piow (348/AS$4.7bilion), Tan Sri Lau Cho Kun (973/AS$2.1bilion), Tan Sri Yeoh Tiong Lay (973/AS$2.1bilion), Tan Sri Tiong Hew King (1,030/AS$2bilion), Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (1,161/AS$1.8bilion), Tan Sri Dr Chen Lip Keong (1,290/AS$1.6bilion), Kuan Kam Hong (1,940/AS$1bilion) and Tan Sri Desmond Lim Siew Choon (1,940/AS$1bilion).

Kenyataan media yang dikeluarkan Forbes menyebut, seramai 2,043 hartawan tersenarai pada kedudukan tahun ke-31 ini berbanding 1,810 pada 2016 seperti mana yang disiarkan pada majalah terbitan 28 Mac ini.

Nilai keseluruhan kekayaan individu terkaya dunia yang terkumpul untuk tahun ini mencecah AS$7.67 trilion sehingga Februari 2017, meningkat 18.4 peratus daripada AS$6.48 trilion tahun lalu.

Menurut Forbes, rantau Asia Pasifik mencatatkan bilangan jutawan paling banyak dengan 720, diikuti Amerika Syarikat (565) dan Eropah seramai 530 hartawan.

Untuk tahun keempat berturut-turut, Bill Gates kekal di tangga teratas senarai Forbes dengan kekayaan sebanyak AS$86 bilion, meningkat daripada AS$75 bilion pada 2016.

Hartawan lain yang menduduki tangga 10 teratas adalah Warren Buffett (kekayaan AS$86bilion), Jeff Bezos (AS$72.8bilion), Amancio Ortega (AS$71.3bilion), Mark Zuckerberg (AS$56bilion), Carlos Slim Helu (AS$54.5bilion), Larry Ellison (AS$52.2bilion), Charles Koch (AS$48.3bilion), David Koch (AS$48.3bilion) and Michael Bloomberg (AS$47.5bilion).

Selain itu, Presiden AS,  Donald Trump, turut tersenarai pada kedudukan ke-544 dengan nilai kekayaan AS$3.5bilion

Individu paling kaya di Asia adalah Wang Jianlin dari China (18/AS$31.3bilion) dan Li Ka-shing dari Hong Kong (19/AS$31.2bilion).

Bagi mendapatkan maklumat penuh, sila layari www.forbes.com/billionaires
Tags / Kata Kunci: Forbes , Robert Kuok

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan