Kerajaan Bentang RUU Perbekalan Tambahan (2016) 2017

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 4:17 PM

Othman Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 sebanyak RM3.08 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.   

Sebahagian besar perbelanjaan itu diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2,248,437,560, diikuti Kementerian Pendidikan(RM297,960,000), Kementerian Pengangkutan (RM215,709,466), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (RM128,000,000), Kementerian Kesihatan (RM104,400,000) dan Kementerian Luar Negeri (RM24,126,000).

Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan perbelanjaan sebanyak RM62,780,000.

Kerajaan, menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said turut membentang Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda beberapa perkara dalam Akta Saraan Hakim 1971.

Bacaan kali kedua bagi kedua-dua rang undang-undang itu akan dibuat pada mesyuarat Dewan Rakyat sesi ini juga. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan