SPRM 'Jejak' Pegawai Penguatkuasa Terima Sogokan

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pegawai penguatkuasa yang ditugaskan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu lori tidak bertanggungjawab, tetapi tidak berbuat demikian kerana 'disogok' adalah yang terbaru dalam senarai pemerhatian agensi anti rasuah.

Sumber berkata, selama ini, beberapa pegawai tertentu telah bekerjasama dengan pengusaha lori bagi membolehkan pemandu yang melanggar undang-undang lalu lintas terus bebas bergerak di lebuh raya dan jalan utama.

Ini telah menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan dan beberapa kes kematian. Mereka juga menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Kami telah menerima maklumat bahawa beberapa pegawai akan meminta dan mengambil antara RM200 dan RM300 sebulan daripada pengusaha lori.

"Dengan dorongan ini, pegawai-pegawai terbabit tidak akan mengeluarkan saman terhadap penguasaha dan pemandu mereka yang melanggar undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan," kata sumber berkenaan.

Antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah memandu tanpa perlindungan insurans, cukai jalan tidak sah dan melebihi had muatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengambil tindakan terhadap pesalah.

Difahamkan, operasi terkini SPRM di seluruh negara akan mensasarkan pegawai penguatkuasa daripada pelbagai agensi seperti polis, bomba, Jabatan Imigresen, majlis tempatan, SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Kita memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab ini yang menyalahgunakan kedudukan dan kuasa dengan meminta dan menerima rasuah untuk kepentingan peribadi.

"Semua tuduhan terhadap pegawai-pegawai ini akan disiasat dengan teliti dan tindakan akan diambil jika ia didapati benar," kata sumber itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan bahawa SPRM sedang meneliti perkara itu.

Azam berkata, mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai tindakan tidak bermoral itu perlu tampil ke hadapan untuk membantu SPRM.

"Saya juga menyeru kepada pegawai penguatkuasa yang ditawarkan wang oleh pengusaha lori tidak bertanggungjawab untuk membuat laporan dengan kami supaya tindakan boleh diambil," katanya.

Awal tahun lepas, dua pelajar mati digilis oleh sebuah 'lori hantu' di luar sekolah mereka di Kajang.

Tags / Kata Kunci: penguatkuasa , lori hantu , SPRM , wang sogokan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan