Posting 'Coklat Tidak Halal' Tular Di Media Sosial Tidak Benar - Jakim

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan bahawa coklat 'Eyeglass with Candy' mengandungi bahan tidak halal.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Jakim berkata salah faham ini berlaku apabila pengguna tidak membaca label dengan teliti menyebabkan maklumat tidak benar disebarkan di media sosial.

Pengguna Facebook Syahrizan Abd Rahman telah memuat naik gambar-gambar coklat yang diterimanya sebagai buah tangan ketika menghadiri kenduri perkahwinan.

Beliau kemudian mendakwa terkejut selepas memeriksa label coklat apabila mendapati ia mempunyai bahan-bahan 'dari produk babi'.

Jakim menjelaskan bahawa coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

"Perlu diketahui, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar syariah dan juga teknologi makanan.

"Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah," katanya.

Jakim turut menggesa pengguna yang mahu mengetahui status halal produk melayari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Tags / Kata Kunci: Eyeglass with Candy , tidak halal

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan