Musim Durian Di P.Pinang Dijangka Sedikit Lewat

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 12:31 PM

Chong menunjukkan pokok durian di kebunnya yang sudah mula berbunga.

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Durian jenis Musang King sudah boleh dinikmati di Raub, tetapi situasi di sini agak berbeza kerana musim durian dijangka mengalami kelewatan selama satu hingga dua bulan.

Hujan sekali-sekala pada masa ini tidak membantu pokok-pokok durian untuk berbuah, kata pemilik Green Acres Orchard and Ecolodge Eric Chong sambil menambah tempoh cuaca kering dan panas selama kira-kira dua minggu juga tidak berlaku di sini.

"Kebun saya mempunyai 450 pokok durian pelbagai jenis, tetapi hanya 10 pokok yang berbuah.

"Pokok durian jenis Xiao Hong, D604, Kapri dan Ang Bak Kia telah mula berbunga, tetapi masih tidak pasti sama ada ia akhirnya akan berbuah," katanya ketika ditemui di kebunnya di sini.

Chong berkata pokok-pokok durian biasanya akan mula berbunga pada akhir bulan Januari atau awal Februari.

Beliau berkata, terdapat bekalan durian pada April tahun lalu disebabkan pokok durian di beberapa tempat mula berputik pada Disember 2015.

Bagaimanapun Chong berkata masih terlalu awal untuk meramalkan sama ada tahun ini akan berlaku kekurangan bekalan atau sebaliknya.

Seorang lagi pemilik kebun dari gerai Durian Cap Kaki di Relau, Tan Eow Chong bersetuju bahawa musim durian pada tahun ini sedikit lewat.

"Melihat kepada situasi sekarang, musim durian dijangka bermula pada akhir Jun atau awal Julai dan boleh berlanjutan sehingga pertengahan Ogos. Masih ada pokok durian yang belum berbunga," katanya.

Eow Chong yang memenangi gelaran Raja Durian negeri pada tahun 2001 mempunyai beberapa buah kebun di Balik Pulau, Teluk Bahang, Sungai Pinang dan Gertak Sanggul.

"Bulan depan buah durian masih tidak banyak dan harganya mungkin lebih tinggi," katanya.

Tahun lepas, musim durian bermula dari Mei hingga Jun manakala fasa kedua adalah dari Julai hingga akhir Ogos.

Tags / Kata Kunci: musim durian , durian Balik Pulau

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan